Gambar menunjukkan kenderaan merempuh dua individu di di luar sebuah kelab malam di Jalan Klang Lama, semalam.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham yang berlaku semasa berhibur menjadi punca sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilus dan kereta Toyota Vios merempuh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Klang Lama, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, setakat ini pihaknya telah menahan empat lelaki tempatan di sekitar Banting, Selangor hari ini.

“Kesemua suspek berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi dan akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tangkapan tersebut dijalankan oleh  Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis, IPK Selangor.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama kecoh apabila sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 24 tahun, semalam.

“Akibat kejadian iu, dua individu mengalami kecederaan dan seorang mangsa telah dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, kes terbabit kini siasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun. – MalaysiaGazette

Hilux, Viox pandu melulu, dua individu cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here