KUALA LUMPUR – Jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, sehingga jam 7 pagi hari ini, tiga lagi PPS di Samarahan, Kuching dibuka.

Ketiga-tiga PPS dibuka di SK Hj Kekali, Semera yang kini menempatkan 33 mangsa; Dewan Sri Budaya Niup (10 mangsa) dan SMK Bekenu (81 mangsa).

Bahagian Bintulu merekodkan sembilan PPS, dengan jumlah mangsa seramai 4,605 orang, Serian 19 PPS (2,123 mangsa), Samarahan 11 PPS (795 mangsa), Kuching empat PPS (496 mangsa) dan Miri sembilan PPS ( 479 mangsa).

Bahagian Sibu pula merekodkan lima PPS dan 981 mangsa.

Sementara itu, dua PPS yang dibuka di Miri untuk bencana tanah runtuh yang menempatkan 105 mangsa (PPS Persatuan Bulan Sabit Merah dan 24 mangsa di PPS Dewan Kampung Sukan).

Selain itu, PPS Dewan Datuk Aaron Bawan di Kanowit turut dibuka yang sehingga kini menempatkan 37 mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah panjang.

Sementara itu, di Sabah, seramai 5,617 mangsa daripada 1,899 keluarga membabitkan 10 daerahkini ditempatkan ke 39 PPS setakat jam 8 pagi tadi.

Daerah yang dilanda banjir adalah Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here