GAZA CITY – Pejuang Briged al-Qassam membawa senjata tentera Israel yang dirampas semas pertukaran tahanan, Agam Berger semalam.

Pertukaran tahanan yang berlangsung di Kem Pelarian Jabaliya itu merupakan kali ketiga dilakukan berikutan perjanjian gencatan senjata.

Senjata tersebut kali pertama dilihat pada video disiarkan Briged al-Qassam pada 26 Mei tahun lalu yang memaparkan unit tentera Israel di serang hendap dalam sebuah terowong di Jabaliya.

Rakaman tersebut memberi gambaran pertempuran jarak dekat yang menyebabkan kematian, kecederaan dan penangkapan tentera Israel.

Pada rakaman tersebut, Briged al-Qassam menunjukkan tiga senjata yang dirampas daripada tentera Israel, mengakhiri rakaman dengan mesej: “Ini dibenarkan untuk disiarkan, dan lebih banyak akan menyusul,”.

Analisis forensik yang dilakukan Al-Jazeera Sanad mengenalpasti senjata itu sebagai CZ Scorpion EVO 3 yang dilengkapi dengan ‘silencer’ dan ‘scope’ itu buatan Amerika Syarikat (AS).

Senjata sama diletakkan di atas meja di mana lokasi petukaran tahanan berlangsung, sebagai simbolik kekalahan tentera Israel.

‘Pameran’ yang dilakukan Briged al-Qassam itu dapat dilihat sejak 7 Oktober 2023 apabila mereka merampas pelbagai senjata Israel termasuk raifal Tavor yang digunakan oleh unit elit.

Penyerahan tahanan itu dilakukan di tengah runtuhan kediaman akibat serangan udara Israel di Kem Pelarian Jabaliya manakala penyerahan tahanan Arbel Yehud dan Gadi Moses dilakukan di Khan Yunis, berhampiran kediaman bekas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here