KUALA LUMPUR – Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap pelaksanaan perintah Gaji Minimum 2024 yang berkuat kuasa esok, 1 Februari 2025 dapat diselaraskan di Sabah dan Sarawak.
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, penguatkuasaan perintah itu akan memberi manafaat kepada 4.37 juta pekerja-pekerja yang bergaji bawah RM 1,700.
Perkara ini telah ditetapkan kepada majikan yang mengajikan seramai lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti professional tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.
Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos 2025.
Mohamed Shafie berkata, pihaknya bersetuju saranan Kesuma bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.
“UNI-MLC berharap tarikh kuatkuasa gaji minimum ini akan dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik yang akan memberi manafaat kepada pekerja-pekerja yang bergaji bawah daripada RM 1,700,” katanysa ambil berharap pelaksanaan ini membolehkan pekerja-pekerja merancang kehidupan dan ekonomi keluarga. – MalaysiaGazette