Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini.
Dianggarkan 4.37 juta pekerja akan menikmati manfaatnya.
Bagaimanapun, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, pelaksanaannya akan ditangguhkan kepada 1 Ogos, untuk memberi ruang kepada mereka melakukan penyesuaian terhadap struktur gaji dan operasi syarikat.