Syed Badli Shah Syed Othman
Syed Badli Shah Syed Osman.

KUALA LUMPUR – Proses demokrasi dalam PKR tidak seharusnya disekat mahupun dihadkan.

Aktivis PKR yang juga mantan Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Othman berkata, meraikan demokrasi bermaksud membuka ruang kepada semua anggota untuk memilih dan dipilih.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden memerlukan barisan kepimpinan yang lebih dinamik dalam memperkukuhkan agenda rakyat demi memastikan Keadilan terus kekal relevan dalam dunia politik.

“Sebagai sebuah parti yang melaungkan slogan Reformasi sebagai asas perjuangan, maka demokrasi dalam proses pemilihan parti harus diraikan dengan saksama di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Syed Badli, pemilihan parti adalah proses untuk menilai semula prestasi setiap pimpinan yang telah diberikan tanggungjawab.

Proses pemilihan akan memberikan ruang kepada anggota untuk menukar pemimpin yang lemah mahupun mengekalkan mereka yang berupaya, katanya.

“Sekiranya seorang pemimpin itu dilihat sebagai berprestasi baik dan berupaya, tentunya akar umbi akan memilih untuk mengekalkan posisi dan begitulah juga sebaliknya,” ujarnya.

Justeru itu, menurutnya, setiap pimpinan tidak perlu gentar untuk melalui proses pemilihan samada memilih mahupun dipilih. Demokrasi itu bising sementara senyap beerti tidak berani melakukan perubahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here