LONDON – Manchester United melengkapkan pembelian pertahanan Denmark, Patrick Dorgu dari Lecce dengan nilai bayaran dilaporkan sebanyak 25 juta pound (RM138.15 juta).
Dia adalah pemain pertama ditandatangani United di bawah kendalian Ruben Amorim dalam menyelesaikan masalah di barisan pertahanan pengendali dari Portugal itu.
Pemain berusia 20 tahun itu mempamerkan prestasi luar biasa dalam kancah Serie A sejak dua musim lalu apabila meledak lima gol dalam 53 penampilan.
“Saya sangat berbangga kerana dapat menggelarkan diri saya sebagai pemain Manchester United dan ini adalah hari paling istimewa buat seluruh keluarga saya.
“Saya tidak sabar untuk bekerja di bawah Ruben Amorim, visinya untuk pasukan ini dan masa hadapan kelab adalah sangat mengujakan.
“Terdapat pelan jelas yang dibuat untuk pembangunan saya dan saya merasakan Manchester United adalah tempat paling sesuai untuk melengkapkan potensi saya dan juga impian saya,” Dorgu dalam kenyataan dikeluarkan kelabnya.
Dalam pada itu, pengarah teknikal kelab, Jason Wolcox yakin Dorgu amat sesuai dengan formasi 3-4-3 yang diterapkan Amorim.
Katanya, Patrick adalah bakal yang sangat menarik; kekuatan pertahanan dan menyerang, kebolehsuaian dan kadar usaha akan menjadikan dia penting dalam skuad Amorim. – Agensi