LONDON – Pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano melaporkan Aston Villa bersetuju untuk menandatangani Marcus Rashford secara pinjaman dari Manchester United.
Menurutnya, perjanjian pinjaman yang dimeterai akan menyaksikan Rashford bermain untuk Villa hingga Jun ini.
“Sebanyak 70 peratus gaji pemain berusia 27 tahun itu akan ditanggung oleh Villa.
“Klausa untuk pembelian juga turut disertakan dalam perjanjian yang mana harga pemain dianggarkan bernilai £40 juta dan kontrak selama tiga tahun setengah sekiranya ia diaktifkan kelak,” katanya di laman sosial miliknya hari ini.
Menurut Fabrizio lagi, pemeriksaan perubatan Rashford akan dijalankan hari ini.
Rashford yang kini terpinggir di bawah kendalian Ruben Amorim dan tidak beraksi selama tujuh minggu dan tidak disenaraikan dalam skuad United untuk perlawanan menentang FCSB dalam saingan Liga Europa, pada Khamis lalu.
Pemain berusia 27 tahun namun kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas tempoh berlatih secara bersendirian. – Agensi
















