Facebook Iman Mueez yang mendakwa kebajikan mereka diabaikan oleh syarikat pengendali umrah ketika di Madinah.
Facebook Iman Mueez yang mendakwa kebajikan mereka diabaikan oleh syarikat pengendali umrah ketika di Madinah.

KUALA LUMPUR – Niat untuk melakukan ibadah umrah dengan tenang terganggu apabila diperlakukan secara tidak adil oleh syarikat pengendali umrah.

Semuanya bermula pada 27 Januari lalu apabila sekumpulan jemaah dari Malaysia yang tiba di Madinah mempersoalkan penginapan tidak sepatutnya diberikan oleh syarikat berkenaan kepada mereka.

Menurut pelayar Facebook, Iman Mueez, ‘hotel’ yang diberikan kepada mereka adalah apartmen servis dengan jarak lapan kilometer daripada Masjid Nabawi.

Lebih malang lagi, keadaan apartmen juga sangat kotor dan tiada pengawal keselamatan yang menjaga kawasan berkenaan.

“Ada kunci yang rosak dan pintu keluar masuk bangunan dibiar terbuka dan ternganga, lokasi penginapan ini juga tiada di dalam Google Search.

“Kami terkejut dengan situasi ini tetapi masing-masing (masih) reda dengan menganggap ini ujian buat kami, sekurang-kurangnya ada tempat untuk kami tinggal memandangkan sekarang musim puncak dan (syarikat pengendali umrah) juga memaklumkan yang tempahan bilik mereka telah dicantas. Kami husnuzon lagi,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, Iman berkata, pihaknya mendapati pada keesokannya terdapat satu lagi kumpulan jemaah Malaysia yang mendaftar masuk ke hotel yang sepatutnya mereka didiami oleh mereka.

Iman turut mendakwa pihak pengendali umrah juga tidak berlaku adil dan berat sebelah serta didakwa memberikan khidmat dwi-standard ketika mereka berada di sana.

“Saya berasa amat-amat sedih dengan layanan double standard yang diberi oleh syarikat pengendali umrah pada kami. Sedangkan kami juga membayar sama seperti jemaah syarikat sama yang lain. Kenapa kami menjadi mangsa kamu.

“Untuk makluman, sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil oleh syarikat pengendali. Kami telah cuba hubungi tetapi gagal kerana alasan Tahun Baharu Cina. Selain dari itu, ini sahaja usaha yg dapat kami lakukan sekarang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rupa rupanya masih ada yg sanggup menipu Tuhan demi keuntungan peribadi..lepas satu, satu syarikat mengurus jemaah umrah menipu pelanggang..tetapi masih mengaku syarikat Islam…Kerajaan patut mengharamkan syarikat seumpama ini terlibat dgn urasan umrah/haji. JIJIK DAN MEMALUKAN.

Comments are closed.