KUALA LUMPUR – Pihak polis menafikan wujudnya sebarang aktiviti pelacuran di Hotel Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular di laman TikTok, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan selepas mengesan hantaran berkenaan kira-kira jam 1.20 pagi, hari ini.
“Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang aktiviti pelacuran seperti yang didakwa dalam video tular itu.
“Kami menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sah yang boleh meggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut meminta mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah boleh menghubungi talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.
Semalam, tular mengenai hantaran di laman sosial Tiktok yang dimuat baik pemilik akaun @boikot2828 yang mendakwa wujudnya aktiviti pelacuran di hotel berkenaan.
Dakwanya, terdapat perkhidmatan haram yang dilakukan oleh perempuan Melayu bawah umur. – MalaysiaGazette