Luis Rubiales. foto AFP

MARID – Bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales, dibicarakan pada hari Isnin atas tuduhan melakukan serangan seksual kerana mencium pemain Jenni Hermoso.

Hermoso dijadualkan hadir sebagai saksi pada hari pembukaan.

Perbicaraan berlangsung sehingga 19 Februari.

Rubiales mencetuskan kontroversi apabila mencium bibir pemain bola sepak wanita,  Hermoso tanpa kerelaan selepas kemenangan Sepanyol ke atas England pada final Piala Dunia Wanita, Ogos 2023.

Ketika pemain Sepanyol menerima pingat mereka selepas menewaskan England di Sydney, Rubiales memegang kepala Hermoso dan mencium bibirnya.

Hermoso menegaskan, ciuman itu bukan persetujuan, manakala Rubiales menegaskan ia telah berlaku.

Insiden itu mencetuskan bantahan dan gesaan agar Rubiales meletak jawatan, dan menjadi isu politik.

Perdana Menteri Pedro Sánchez, yang kerajaan sayap kirinya telah meluluskan pembaharuan bertujuan untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan memastikan persetujuan dalam hubungan seksual berkata, ciuman Rubiales menunjukkan “masih banyak jalan yang perlu ditempuhi dalam hal kesaksamaan dan rasa hormat antara wanita. dan lelaki”.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang sebelum ini menggantung Rubiales selama 90 hari kemudian meminda kepada tiga tahun.

Rubiales melepaskan jawatannya susulan desakan yang kuat, sebelum pertuduhan undang-undang dikenakan terhadapnya.

Pendakwa raya menggesa Rubiales menerima hukuman penjara satu tahun kerana serangan seksual disebabkan ciuman itu.

Mereka juga menggesa dia dikenakan hukuman setahun setengah kerana paksaan, kerana didakwa cuba menekan Hermoso untuk mengatakan secara terbuka bahawa ciuman itu adalah konsensual tetapi Rubiales menafikan pertuduhan itu.

Tiga rakan sekerja Rubiales turut dibicarakan, dituduh bersubahat dalam dakwaan paksaan.

Mereka ialah Jorge Vilda, jurulatih pasukan yang memenangi Piala Dunia; Rubén Rivera, bekas ketua pemasaran persekutuan, dan bekas pengarah sukan, Albert Luque.

Ketiga-tiga mereka menafikan tuduhan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here