Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar

KUALA LUMPUR – Parti komponen Perikatan Nasional (PN), Gerakan didesak untuk menyatakan pendirian rasmi susulan kenyataan Timbalan Presidennya, Oh Teong Keong yang mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu-Islam di negara ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, desakan itu bagi memastikan adalah parti tersebut memberikan restu kepada Teong Keong untuk membuat kenyataan yang dipandang cuba mengeruhkan keadaan semasa di negara ini.

“Gerakan perlu menyatakan sikap secara rasmi adakah kenyataan Oh Tong Keong, Timbalan Presiden Gerakan yang mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu-Islam adalah ‘restu’ daripada Gerakan?

“Bukan kali pertama makhluk ini menyatakan sikap sebegini, dan saya mengecam keras kenyataan yang sangat biadab daripada manusia seperti ini yang begitu terdesak mahu mendapat sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairul Nadzir yang juga Ketua Penerangan Pemuda PN berkata demikian mengulas kenyataan Teong Keong yang mengkritik DAP yang dikatakan berdiam diri selepas menjadi kerajaan dengan tidak menentang dasar Islam negara.

Mengulas lanjut, Khairul Nadzir berkata, Tong Keong tidak perlu berlagak sedemikian dan pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya ia adalah kenyataan rasmi daripada parti Gerakan.

“Gerakan daripada PN? Jadi? Adakah ia lesen untuk manusia ini bercakap dan menyentuh soal dan isu Melayu Islam?,” soal beliau lagi.

Terdahulu, Tong Keong menjelaskan beliau tidak menentang dasar Islam tetapi menekankan ketegasan perlu disuarakan sekiranya wujud layanan tidak adil atau ‘pengaruh’ kehidupan harian serta adat budaya masyarakat bukan Islam.

Oh berkata, kenyataan beliau sebelum ini bukan meremehkan kedudukan Islam tetapi mendedahkan ‘wajah sebenar’ DAP yang berpendirian berbeza ketika berkuasa berbanding masa menjadi pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here