Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali

KUALA NERUS – Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui bakal berdepan tugas sukar berdepan BG Panthum United pada cabaran Piala Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024/25 di Bangkok, malam esok.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata ia berikutan kelab dari Thailand itu sedang berada pada prestasi terbaik bukan sahaja di Liga Premier Thailand, malah menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Bagaimanapun Badrul Afzan berkata anak buahnya telah mempersiapkan mental dan fizikal mereka bagi menghadapi cabaran tuan rumah, dalam misi membawa pulang tiga mata penuh dari tempat lawan.

“Kita memiliki peluang untuk mara ke separuh akhir sekiranya berjaya mengutip tiga mata. Peluang ini tidak harus disia-sia dan dilepas begitu sahaja.

“Saya menggesa supaya semua pemain lebih berdisplin, fokus dan berusaha mendapatkan jaringan awal untuk lebih motivasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

TFC kini berada di tangga kedua Kumpulan A, berkongsi tujuh mata dengan kelab Indonesia PSM Makassar FC di tempat ketiga.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here