Petugas Alam Flora Shd Bhd melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi di Pasar Datuk Keramat.

KUALA LUMPUR – Pasar Datuk Keramat akan dibangunkan semula bermula suku pertama tahun ini bagi memastikannya selamat dan kondusif untuk pengguna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pembangunan pasar itu akan dilakukan secara berfasa dan teratur supaya aktiviti perniagaan sedia ada tidak terjejas.

“Isu pembangunan semula pasar ini merupakan isu legasi yang perlu segera diselesaikan dan tak boleh tertangguh lagi,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu beliau dan pasukannya telah meninjau pasar berkenaan  selepas melancarkan Community’s Barbershop di PA Seri Perlis.

Dr Zaliha telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan bancian untuk memuktamadkan bilangan peniaga dalam tempoh dua minggu untuk memulakan peranxangan pembinaan suku pertama tahun ini.

“Agar perancangan dan tindakan seterusnya dapat dimulakan seawal suku pertama tahun ini bagi memastikan ia tidak tertangguh lagi.

“Saya mahu melihat Pasar Datuk Keramat ini sebagai sebuah pasar yang lebih selesa, bersih, selamat dan dilengkapi dengan fasiliti yang lebih moden demi kesejahteraan semua dan dalam masa yang sama dapat meningkatkat pendapatan peniaga,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here