Gambar hiasan

KLUANG – Tindakan tiga lelaki yang berkelakuan seperti ceti haram atau ah long mengutip hutang dengan mengugut seorang peniaga di sini memakan diri apabila diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tiga lelaki terbabit membuat ugutan jenayah terhadap mangsa di hadapan sebuah rumah di Taman Gunung Lambak di sini.

Menurutnya, kejadian tersebut dilaporkan mangsa yang berusia 50-an di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada pukul 12.56 tengah hari semalam.

“Bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang menahan semua suspek pada pukul 1.30 petang hari yang sama di tempat kejadian.

“Kesemua lelaki yang ditahan berusia dalam lingkungan 34 hingga 43 tahun dan hasil semakan rekod mendapati suspek pertama dan kedua mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kes jenayah.

“Suspek ketiga pula mempunyai rekod kesalahan lampau kes jenayah dan kes narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, hasil saringan ujian air kencing terhadap semua suspek mendapati mereka negatif dadah.

“Suspek bukan ah long. Mangsa menjalankan satu perniagaan bersama-sama syarikat dari China. Mangsa dikatakan berhutang dalam perniagaan. Suspek hanya diupah untuk mengutip hutang,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat katanya, boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD KLuang 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) dan 014-3656822 (tablet dcc).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here