Salah seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Yasmine ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Sanggup meredah lautan dari Indonesia ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelacur dengan bayaran serendah RM60 bagi seorang pelanggan.

Itu pendedahan seorang wanita Indonesia yang mahu dikenali sebagai Yasmine selepas ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu hari ini.

Antara warga asing yang ditahan pada serbuan di sebuah premis pelacuran ketika sebuah operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIMWPKL) di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 FEBRUARI 2025

Yasmine yang berusia 33 tahun itu memasuki ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sejak September tahun lalu semata-mata untuk berkhidmat sebagai pelacur.

“Saya dari Jakarta ke sini dengan menaiki bot melalui Batam dan saya tahu mengenai pekerjaan ini daripada rakan di Indonesia kerana tawaran yang menarik.

“Setiap pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM60 dan separuh daripadanya akan diberikan pada penjaga premis. Di sini satu hari saya perlu layan kira-kira 10 pelanggan,” akuinya pada pemberita ketika ditemui hari ini.

Antara warga asing yang ditahan pada serbuan di sebuah premis pelacuran ketika sebuah operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIMWPKL) di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 FEBRUARI 2025

Sementara itu, seorang lelaki berusia 20-an yang ingin mendapatkan khidmat pelacur di premis itu tidak kesampaian apabila dia turut ditahan dalam operasi yang sama.

Terdahulu, MalaysiaGazette menyertai serbuan Ops Gegar bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur
bermula pukul 5 petang dan mendapati premis itu beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Tinjauan juga mendapati premis yang terletak di tingkat atas sebuah rumah kedai turut dikawal rapi oleh penjaga di luar bangunan termasuk dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV).

Pengarah JIM KL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihakna turut melakukan satu lagi serbuan membabitkan sebuah pusat pelacuran di Jalan Tun Razak.

Antara warga asing yang ditahan pada serbuan di sebuah premis pelacuran ketika sebuah operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIMWPKL) di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 FEBRUARI 2025

“Dalam kedua-dua serbuan itu, 17 warga asing ditahan termasuk 14 wanita dan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 30 hingga 65 tahun,” katanya.

Suspek terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Vietnam (4), Bangladesh (3), seorang warga India termasuk tiga warga tempatan yang juga penjaga premis dan pelanggan.

Antara warga asing yang ditahan pada serbuan di sebuah premis pelacuran ketika sebuah operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIMWPKL) di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 FEBRUARI 2025

Kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Wan Mohammed Saupee juga memaklumkan pihaknya turut menjalankan serbuan di sebuah kilang percetakan di Jalan Kuang Bulan, Kepong.

“Seramai lima warga asing termasuk empat wanita dan seorang lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun ditahan.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here