Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama anggota Polis melakukan siasatan berhubung sebuah helikopter Jenis Bell 206 -L4 terbakar selepas hilang kawalan ketika melakukan pendaratan untuk mengisi bahan bakar di Bentong Fruits Farm jalan lama Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2025

BENTONG – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan sedang menyiasat secara terperinci di lokasi helikopter terhempas di Batu 9, Jalan Lama Bentong- Kuala Lumpur, di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah selesai melakukan pemeriksaan di lokasi terbabit.

“Mayat mangsa tadi telah dihantar ke Hospital Bentong bagi proses bedah siasat yang akan  dilakukan pada jam 11 pagi esok.

“Sekitar jam 4 petang tadi, BSKU telah hadir bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain ada juga beberapa pihak yang berkaitan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ditanya sama ada keluarga kedua-dua mangsa sudah memaklumkan tentang kejadian itu,   Zaiham berkata pihaknya akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia.

“Kita telah mengambil keterangan daripada juruterbang terbabit yang juga mangsa dan seperti dimaklumkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

“Mangsa juga sempat diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bergegas menariknya keluar daripada pesawat ringan itu,” ujarnya.

Helikopter Bell 206L4  Long Ranger terhempas pada ketinggian kira-kira 0.9 meter dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi di lokasi terbabit.

Zaiham dilaporkan berkata, helikopter pengangkut itu sedang mendarat selepas melakukan penerbangan dari tapak projek TNB sejauh 16 kilometer.

Akibat insiden itu, seorang jurutera warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27, maut selepas terkena kipas utama manakala juruterbang juga warga Indonesia, Kustiyadi, 44, terselamat.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here