Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Malaysia PDRM
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Malaysia PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman bernilai lebih RM4 juta di Sabah.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Malaysia PDRM, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, ia hasil serbuan dalam Op Alpha Taring 1 dan 2 di tiga buah premis di sekitar daerah Keningau.

“Antara yang dirampas adalah 4,603 karton minuman keras pelbagai jenama, 3,120 karton rokok, empat kenderaan dan tiga buah telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 menyimpan atau memiliki apa-apa batang tidak berkastam atau larangan import.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman dengan tidak kurang 10 amaun duti kastam atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak melebihi 20 kali nilai dan Seksyen 6 (1) (C) Akta imingresen 1959/63. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here