Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 NOVEMBER 2024

PUTRAJAYA – Tiga selebriti yang dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan haram tiba menggunakan pintu belakang.

Menurut sumber, ketiga-tiga selebriti berkenaan iaitu pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan penyanyi, Ziana Zain tiba sebelum jam 9 pagi.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, ketiga-tiga selebriti berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan namun tidak bermaksud mereka adalah suspek yang terlibat dalam aktiviti haram tersebut.

Untuk rekod, SPRM pada Januari lalu mengumumkan berjaya menumpas sindiket pengubahan wang haram dan rasuah menerusi Operasi Sky (Op Sky) yang turut melibatkan beberapa selebriti tempatan.

Operasi yang dijalankan SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia itu berjaya membongkar kegiatan syarikat perunding kewangan tersebut termasuk menawarkan para selebriti terbabit sebagai duta bagi mempromosikan perkhidmatan mereka sehingga RM400,000.

Syarikat berkenaan juga menaja acara hiburan yang melibatkan selebriti untuk meningkatkan kredibiliti mereka di mata orang awam.

Dalam pada itu, Datuk Afdlin Shauki turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM pagi tadi bagi kes berlainan.

Beliau dipanggil bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here