Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Kategori B40 dan M40 di SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 16 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kain yang dibekalkan untuk pakaian seragam jururawat di bawah kementerian itu tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata, tender Bekalan Pakaian Seragam (Kain) Untuk Penjawat Awam di KKM dianugerahkan kepada syarikat dan dan siasatan dilakukan ke atas bekalan kain oleh syarikat itu berdasarkan aduan yang diterima.

“Sampel kain yang diterima dihantar ke makmal kimia yang diiktiraf. Seterusnya, perbandingan spesifikasi dibuat antara laporan kimia sampel kain yang diterima dengan spesifikasi kain, seperti mana ketetapan kontrak dan didapati ia tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Pihak syarikat sudah diminta untuk melaksanakan penggantian kain kepada Pusat Tanggungjawab di bawah KKM yang terbabit sebagai langkah penambahbaikan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng mengenai skandal kualiti kain kurang baik yang dibekalkan sebuah syarikat untuk pakaian seragam jururawat bernilai lebih RM98.3 juta, selain nama syarikat pembekal yang terbabit, siasatan dan penemuan setakat ini.

Susulan itu, KKM menghantar sampel kain berkenaan ke makmal untuk dianalisis.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, peringatan juga sudah dikemukakan secara bertulis pihak syarikat bagi memaklumkan bahawa penamatan perjanjian boleh dilaksanakan jika pihak syarikat gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Ia selaras dengan ketetapan kontrak semasa yang sedang berkuatkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here