Warga UPTM, Prof Madya Dr Muhamad Nizam Jali (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPTM), Prof Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh (Naib Canselor UPTM) dan Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mengadakan Kanival Pendidikan Pascasiswzah, Post Graduate Edu Fair 2025 bagi memperkenalkan program-program yang ditawarkan peringkat Sarjana dan PhD untuk menggalakkan orang ramai menyambung pengajian khususnya di peringkat pendidikan pascasiswazah.

Karnival berkenaan bermula 4 sehingga 7 Februari 2025 di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur.

Antara program yang ditawarkan adalah Master of Accountancy, Master of Business Administration (MBA), Master of Business Administration (Corporate Admninistration and Governnace), Master of Science Information Systems, Doctor of Philosophy (PhD) in Business Administration dan Doctor of Philosophy (PhD) in Information Technology.

Ia merupakan peluang mendapatkan sijil pengiktirafan dari badan profesional seperti The Malaysian Institute of Chartered Secretaries & Administrators (MAICSA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Chartered Management Institute (CMI) dan SAS Global Certification.

 

Pensyarah Kanan UPTM Dr. Zila Zainal Abidin, Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Prof. Dr. Norreha Othman dan Naib Canselor UPTM Prof Madya Dr. Sharifah Syahirah bersama Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi.

Pengiktirafan ini mampu menjadikan para graduan Sarjana UPTM menjadi ahli badan profesional, pakar mengenai standard antarabangsa dan diakui oleh banyak syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan.

UPTM juga menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus pengambilan pelajar peringkat pascasiswazah pada tahun ini.

Program peringkat Sarjana mengambil masa kurang dari dua tahun untuk melengkapkan tempoh pengajian dengan kelas yang lebih flesksibel menggunakan kaedah hybrid atau virtual.

Badan Professional MAICSA, Prof Madya Dr Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh Naib Canselor UPTM & Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Pengerusi MARA.

Selain itu, UPTM juga dilengkapkan dengan kemudahan pinjaman MARA kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.

Karnival Pendidikan Pascasiswazah UPTM kali ini sarat dengan pelbagai aktiviti pertukaran kepakaran melalui Forum Industri dan Ceramah Perdana melalui topik pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), peluang kerjaya dalam bidang Perakaunan dan kepentingan pendidikan sepanjang hayat oleh beberapa panel dari Institut Kajian Bumiputera (IKEB), The Malaysian Institute of Chartered Secretaries & Administrators (MAICSA), Association of International Certified Professional Accountants (AICPA) & Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan banyak lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here