KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill dipilih sebagai Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dalam satu pemilihan di Bangkok, semalam.
Beliau menewaskan calon dari Indonesia, Raja Sapta Oktohari yang juga Presiden Majlis Olimpik Indonesia (MOI) dengan keputusan 24-17.
Kemenangan itu membolehkan Amarjit melakar sejarah unik mengulangi pencapaian bapanya, Tan Sri Darshan Singh yang pernah menyandang jawatan Presiden ACC dari 1996 hingga 2005.
Sebelum ini, Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) muncul Presiden PKBM pada pemilihan yang diadakan Oktober lalu.
Jawatan Presiden ACC bertukar tangan apabila penyandangnya, Osama Ahmed Abdullah Al Shafar daripada UAE tidak bertanding selepas dua penggal. – MalaysiaGazette