Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kelantan

KOTA BHARU – Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, dekat Sungai Sam, Kuala Krai petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Razani Mamat berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Axia, Honda City dan lori lima tan.

“Mangsa yang meninggal dunia menaiki Perodua Axia, terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita manakala dua lagi penumpang kereta itu cedera parah.

“Sementara itu, seorang wanita yang memandu Honda City serta pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 petang sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi nahas.

“Sebaik tiba, kami segera melaksanakan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan dua mangsa dalam Perodua Axia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Razani berkata dua wanita yang cedera parah itu pula dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan lanjut. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here