Guo Jiakun. foto China News

BEIJING – Beijing menentang desakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza dan mahu mengambil alih wilayah itu, kata Kementerian Luar China.

“Gaza adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah Palestin, dan China menentang pemindahan paksa penduduk Gaza

“Gaza adalah Gaza bagi rakyat Palestin, sebahagian daripada wilayah Palestin, bukan cip tawar-menawar politik”, jurucakap kementerian Guo Jiakun memberitahu taklimat media.

“China menyokong hak kebangsaan rakyat Palestin yang sah, kata jurucakap kementerian, Guo Jiakun.

Peperangan di Gaza dicetuskan oleh serangan yang diketuai Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Sejak itu, serangan tentera Israel ke atas enklaf itu telah membunuh lebih 47,000 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Trump pada 4 Februari lalu mencadangkan AS mengambil alih Gaza.

Cadangan itu diumumkan selepas beliau mengesyorkan agar penduduk Palestin di kawasan itu dipindahkan secara kekal.

Pemindahan penduduk Gaza ke Mesir dan Jordan itu telah dibantah secara terbuka oleh pemimpin Palestin dan Arab.

Pemimpin dunia lain berkata mereka menyokong apa yang dipanggil penyelesaian dua negara, yang membayangkan negara Israel dan Palestin bersama satu sama lain. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here