Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Datuk Seri Hazani Ghazali bersama Isteri, Datin Seri Fadziah Abdul Hamid diarak menaiki kenderaan khas pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 7 FEBUARI 2025

KUALA LUMPUR – Selepas menabur bakti selama 38 tahun, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali mengucapkan selamat tinggal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bersara pada Februari ini diraikan dalam Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala LumpurĀ  petang ini bersama isteri, Datin Seri Fadziah Abdul Hamid.

Pada majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan juga Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Datuk Seri Hazani Ghazali semasa hadir pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 7 FEBUARI 2025

Hadir sama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) yang juga isteri Razarudin, Puan Sri Zainah Othman serta Naib Pengerusi Perkep, Datin Seri Zalena Mohd Ariffin.

Majlis yang bermula pukul 5 petang itu diserikan dengan perarakan dan Hazani diberi penghormatan memimpin persembahan pasukan Pancaragam PDRM serta diikuti deklamasi sajak.

Hazani, 60, dilahirkan pada 10 Februari 1965 di Machang, Kelantan mula menyertai PDRM pada 1988 sebagai Pegawai Pemerintah Platun (BN 14 Kuching).

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Datuk Seri Hazani Ghazali bersama Isteri, Datin Seri Fadziah Abdul Hamid diarak menaiki kenderaan khas pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 7 FEBUARI 2025

Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan penting dengan cemerlang antaranya Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri (2017-2020), Pesuruhjaya Polis Sabah (2020-2021).

Seterusnya Hazani juga pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman (2021-2024).

Berbekalkan pengalaman luas dan kepimpinan yang tinggi, beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) pada 31 Januari 2024.

Antara kejayaan dilakar adalah beliau berperanan dalam memastikan sumber dan aset keselamatan negara digunakan secara efektif untuk membanteras ancaman keselamatan seperti keganasan, ekstremisme dan kegiatan subversif.

Bekas graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu juga pernah menumpaskan
beberapa ancaman berkaitan militan dan keganasan di perairan Sabah melalui Operasi Bersepadu dengan pelbagai agensi keselamatan.

Selain itu, Hazani turut memainkan peranan besar dalam menangani ancaman pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan yang sering menjadi perhatian di kawasan tersebut ketika memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here