Mujahid Yusuf .

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau hoptesis berkaitan cadangan garis panduan bagi orang Islam untuk berada dalam majlis bukan Islam yang berkemungkinan boleh mencetuskan polemik hubungan antara kaum di negara ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, niat suci penggubal garis panduan tersebut tidak diragui sama sekali dan bukan bersifat perundangan atau penguatkuasaan.

“Hingga kini garis panduan itu hanya diketahui melalui kenyataan YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri tanpa memperincikan apa yang terkandung di dalam garis panduan tersebut.

“Sehingga garis panduan itu didedahkan kepada umum, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau hipotesis yang berkemungkinan boleh mencetuskan polemik hubungan antara kaum dan agama dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, secara umumnya majlis bukan Islam yang dihadiri bersifat budaya, sosial dan campuran agama/kebudayaan/sosial.

Bagaimanapun, katanya, majlis agama atau upacara tertentu bagi bukan Islam adalah jelas tidak memerlukan kehadiran mana-mana orang Islam kerana tiada keperluan dan bercanggah dengan prinsip Syariat Islam.

“Jika perlu sekali pun ia mestilah dijustifikasikan kepada orang Muslim tertentu dan atas keperluan tertentu dan dengan mengikuti adab-adab tertentu sebagai seorang Islam seperti mana ditetapkan dalam Fiqh Hubungan Antara Agama.

“Secara umumnya seseorang Muslim berpegang kepada konsep “Lakum dinukum Wali yadin” (Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku”). Ini bermakna seorang Muslim tidak boleh mengiktiraf/ meraikan atau mengikuti mana-mana upacara ibadat Non Muslim atas apa jua alasan sekalipun.

“Ini bukan bermakna seorang Muslim tidak menghormati kepada apa sahaja upacara yang hendak dilakukan jika ia adalah tuntutan dari agama tersebut atas konsep “La ikraha fid Din”.” katanya.

Menurut Mujahid, cecara Siyasah Syariah, panduan adab orang Islam dalam hubungan bukan Islam juga ditentukan oleh undang-undang dalam negara dan keperluan mana-mana pemimpin Islam untuk hadir dalam maslahah yang lebih besar dengan tetap berakhlak menepati adab-adab seorang Islam.

Pihak bukan Islam, katanya, seharusnya turut memahami kehendak ini dan lebih sensitif untuk tidak melanggar batasan ini.

Bekas Menteri Hal Ehwal Agama itu berkata, semua pihak perlu memahami dalam konteks hubungan antara agama adanya ruang eksklusif yang dilarang dan ruang inklusif yang diharuskan serta memahami ruang keperluan dan ketidakperluan.

“Dalam semua keadaan Syariat Islam menyediakan adab dan akhlak yang mulia,” katanya.

Menurut beliau lagi, dalam hubungan antara agama soal asas ialah memastikan hidup dalam kedamaian dan menghormati hak beragama manakala hadir atau tidak hadir ke dalam majlis ianya perukan Islam lu ditetapkan oleh suasana dan bentuk majlis serta keperluan kehadiran.

“Ia bukanlah cek kosong tanpa melihat faktor-faktor tersebut.

“Kita menunggu pencerahan secara terperinci garis panduan ini supaya dapat memenuhi tujuan Islam dan hasrat utama Syariah untuk mencapai hubungan yang damai antara agama dan kaum dan bukan hubungan yang berlaku atas prejudis dan kebencian serta permusuhan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here