Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada orang ramai ketika membuat lawatan kerja di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 07 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berjanji akan membantu dari segi peruntukan bagi tujuan pembangunan serta naik taraf terutama Dewan Kuil Batu Caves bagi kegunaan bukan sahaja penganut Hindu sebaliknya masyarakat setempat.

Malah Datuk Seri Anwar juga mahu usaha berterusan dilaksanakan bagi merancakkan sektor pelancongan di sekitar kuil Subraminyar, Batu Caves yang dihadiri jutaan orang bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan sebaliknya pelancong terutamanya ketika perayaan Thaipusam.

“Tan Sri Nadarajah ada menerangkan kepada saya tentang pembangunan dewan ini dan cadangan rancakkan kawasan sekitar kuil ini sebagai tarikan pelancongan.

“Itu kita akan bantu dan sudah luluskan sedikit peruntukan tapi saya akan lihat segera supaya dewan ini dapat dijadikan dewan serba guna yang boleh digunakan oleh semua untuk penduduk India, saya difahamkan dewan ini akan jadi  dewan masyarakat jadi manfaat semua rakyat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sejurus selepas meninjau situasi semasa menjelang perayaan Thaipusam di kuil Batu Caves pada Selasa depan.

Turut hadir Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Presiden dan Timbalan MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Datuk Seri M Saravanan.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji persiapan sambutan Thaipusam  yang sedang rancak dilaksanakan bagi memastikan jutaan penganut dan pengunjung dapat meraikan serta menyaksikan sambutan ini dalam keadaan aman.

“Saya cukup teruja dan berterima kasih dengan Tan Sri Nadarajah bersama jawatankuasa beliau kerana selepas tinjauan hari ini, saya dapati semua persiapan untuk sambutan Thaipusam sedang giat berjalan dan sudah tersedia termasuklah dari segi keselamatan dan kemudahan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here