Foto Instagram Tyrell Malacia.

LONDON – Bek kiri Manchester United, Tyrell Malacia sah menyertai PSV Eindhoven secara pinjaman sekaligus menghabiskan baki musim 2024/25 beraksi di Liga Eredivisie.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai The Red Devils pada 2022 dan merekodkan 39 penampilan di musim pertama yang agak memberangsangkan sebelum dirundung kecederaan berulang dan berpanjangan.

Selepas bekerja keras untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan serta meningkatkan tahap kecergasannya, dia kembali beraksi awal kempen musim ini dan telah disenaraikan oleh Ruben Amorim dalam lapan perlawanan di semua pertandingan.

PSV yang berpengkalan di Eindhoven kini menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata di depan Ajax Amsterdam.

Mereka juga sedang dalam persiapan untuk perlawanan ‘play off’ Liga Juara-Juara menentang Juventus selepas menduduki tempat ke -14 dalam fasa liga pertandingan tersebut.

Menurut pakar perpindahan Fabrizio Romano, bayaran gaji Malacia akan ditanggung sepenuhnya oleh PSV sehingga Jun ini dan klausa pilihan untuk pembelian turut disertakan dengan nilai yang dilaporkan sebanyak €10 juta.

Bukan itu sahaja, malah klausa penjualan sebanyak 30 peratus juga turut diletakkan dalam perjanjian tersebut yang mana ia akan memberi manfaat kepada United satu hari nanti. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here