Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menerima baik keputusan jemaah Menteri hari ini yang memutuskan tiada keperluan untuk mengeluarkan garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam.

Menurutnya, keputusan itu memberikan keutamaan kepada kehidupan majmuk terbina sejak sekian lama dalam kalangan semua berbilang kaum dan bangsa di negara ternyata memberikan kelegaan.

“Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah menjelaskan tiada keperluan untuk garis panduan baharu yang dirangka untuk umat Islam menyantuni masyarakat lain yang berbilang agama dan bangsa.

“Saya dari awal sudah jelaskan ini adalah sebuah negara majmuk, peraturan sebegini akan mengganggu perpaduan rakyat Malaysia dan menjadi contoh bagaimana kerajaan menggunakan isu kaum dan agama sebagai alat untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri serta keseluruhan barisan jemaah Menteri bagi keputusan hari, kita sangat menghargainya. Marilah kita sama-sama terus hidup dalam keadaan harmoni sambil saling hormat menghormati perbezaan agama dan kepercayaan dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai lawatan Anwar ke Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves bagi memastikan persiapkan menjelangnya Thaipusam Selasa depan berjalan lancar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir bagi membuat lawatan tapak kerja di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 07 FEBUARI 2025.

Kelmarin, Saravanan sudah menggesa Perdana Menteri campur tangan dalam perkara ini serta meminta kerajaan berunding dengan kaum lain sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada semua pihak.

Kata Saravanan, pindaan seumpama itu akan menjadi liabiliti kepada kerajaan pemerintah kerana ia berkemungkinan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Kerajaan Perpaduan.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan bersama berkata, dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambilkira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Mereka berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini, namun nasihat itu tidak bersifat dasar.

Perdana Menteri menegaskan, biar pun Perlembagaan telah menggariskan Islam sebagai agama persekutuan, namun semua pihak perlu dijaga demi keharmonian negara. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Garis panduan ini tak perlu kerana orang Islam tahu garis dia – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here