Allahyarham Roslan Saleh

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, meninggal dunia pagi ini.

Berita itu dikongsikan anak beliau, Farahanis Roslan menerusi catatan di laman sosial Facebooknya, pagi ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” demikian catatan Farahanis Roslan di laman sosial Facebooknya.

Sementara itu, difahamkan, jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan terjejas akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira empat tahun lalu.

Isterinya, Zainun Majid, 56, berkata, kesihatan Roslan tidak banyak berubah sejak terlantar di rumah.

Roslan yang sudah lebih 30 tahun terbabit dalam dunia lakonan pernah membintangi banyak drama dan filem popular antaranya Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Roslan bagaimanapun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis dan diabetes. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here