Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Polis mengesahkan menerima laporan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota polis ketika hadir memberi keterangan berkaitan perhimpunan solidariti Palestin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan yang dibuat pengadu..

“Pengadu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi diambil keterangan siasatan kes perhimpunan pada 19 Disember 2024 yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari yang sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi berkongsi petikan laporan polis yang dibuat pengadu yang juga seorang pelajar pada 6 Februari lalu yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota polis berpakaian preman.

Pengadu yang merupakan seorang aktivis pelajar itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan solidariti Palestin dua bulan lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here