Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA TERENGGANU- Reman terhadap seorang bomoh muda yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di daerah Kemaman disambung enam hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhammad Wan Ja’afar ketika dihubungi Bernama berkata perintah reman hingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan polis di kediamannya di Kerteh pada 10.20 malam, 31 Jan lepas sebelum direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin ketika memaklumkan mengenai kes berkenaan sebelum ini berkata suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes rogol.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here