PPS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala di Sarawak mencatatkan penurunan setakat pukul 8 malam ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga, berbanding 989 orang daripada 308 keluarga pada 4 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, 538 orang daripada 177 keluarga ditempatkan di dua PPS daerah Beaufort, 275 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 221 orang (74 keluarga) yang berlindung di sebuah PPS.

“Trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort dan Kinabatangan kekal, manakala di Membakut pula meningkat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,570 orang, berbanding 1,877 orang petang tadi dengan 14 PPS masih lagi beroperasi.

Kenyataan itu memaklumkan 613 mangsa berlindung di empat PPS di bahagian Bintulu, 603 orang ditempatkan di empat PPS bahagian Mukah dan 33 orang berada di dua PPS bahagian Sibu, manakala di bahagian Miri kekal 321 orang di empat PPS. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here