Pengerusi Mantop Travel, Zaidy Abd Talib bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Farhan Madzlan dan Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri bergambar bersama pada Majlis Jom Bina Semula Gaza di Selayang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 10 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali pakej umrah, Mantop Travel & Tours Sdn. Bhd. (Mantop) menawarkan pakej umrah serendah RM5,550 dan penginapan yang terletak 50 meter dari Masjidil Haram.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Farhan Madzlan berkata, pakej umrah baharu ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada jemaah menunaikan umrah dengan harga yang lebih jimat, malah menyumbang kepada Misi Kemanusiaan di Gaza.

“Sebanyak lima hingga enam peratus daripada jumlah keuntungan yang diterima akan disalurkan ke Tabung Bina Semula Gaza, yang dikendalikan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi pembangunan infrastruktur dan menyediakan keperluan penting bagi mereka.

“Dengan ini, para jemaah bukan sahaja dapat membuat ibadah tetapi turut menjadi sebahagian daripada usaha membina semula kehidupan rakyat Palestin,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Mantop Travel, Mohd Farhan Madzlan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Kempen ‘Jom Bina Semula Gaza’ bersama CGM di Selayang, Selangor, hari ini.

Mohd Farhan menambah,  promosi itu akan berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 20 Februari 2025.

“Kami menawarkan pelbagai keistimewaan seperti perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi percuma untuk dua orang manakala bagi lima orang akan mendapat potongan harga sebanyak RM250.

“Jika datang dalam kumpulan melebihi 10 orang, pengangkutan kereta api adalah percuma dan mereka akan menerima diskaun sebanyak RM1,000,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Mantop Travel, Mohd Farhan Madzlan dan Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri ketika hadir pada Majlis Jom Bina Semula Gaza di Selayang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 10 FEBRUARI 2025

Dalam pada itu, beliau yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam menguruskan jemaah umrah meminta orang ramai  berhati-hati dalam memilih pakej, terutamanya jika harga ditawarkan terlalu rendah.

“Keutamaan kami adalah kualiti, jadi bagi memastikan jemaah mendapat pengalaman yang baik, Mantop hanya akan menerima seramai 35 hingga 40 orang jemaah bagi setiap perjalanan dan bagi tahun ini, kami menyasarkan untuk membawa 5,000 orang jemaah menunaikan umrah.

“Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang mursyid dengan sokongan pasukan pengurusan di sana dan kami juga dalam pertimbangan untuk melantik seorang ustazah bagi membimbing pengalaman ibadah golongan wanita,” ujarnya.

Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri.

Sementara itu, Pengasas Persatuan CGM, Nadir al-Nuri berkata, Mantop telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama bersama pihaknya sejak setahun lalu.

“Bantuan berjumlah besar akan digunakan untuk Fasa Pembangunan Semula Gaza bagi pembinaan seperti masjid dan sekolah bergantung kepada keperluan semasa manakala bantuan kecemasan akan sentiasa diberikan.

“CGM telah membangunkan sekolah paling besar di bumi Gaza pada bulan lepas dengan jumlah murid seramai 3,000 orang dan kami menyampaikan bantuan sebanyak RM1.5 juta setiap bulan bagi penduduk di sana,” katanya.

Pengerusi Mantop Travel, Zaidy Abd Talib bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Farhan Madzlan menyerahkan cek kepada Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri pada Majlis Jom Bina Semula Gaza di Selayang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 10 FEBRUARI 2025

Dalam program itu juga, Mantop telah menyerahkan cek bantuan awal bernilai RM100,000 kepada CGM, iaitu sebahagian daripada keuntungan diterima mereka terhadap kempen ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here