Ketua Biro Hak Asasi Manusia Gerakan, Chai Ko Thing.

KUALA LUMPUR – Gerakan menyifatkan kenaikan kadar duti setem bagi perjanjian penyewaan bermula awal tahun ini sebagai satu tindakan yang membebankan rakyat secara tidak wajar.

Ketua Biro Hak Asasi Manusia Gerakan, Chai Ko Thing berkata, pindaan itu jelas tidak berpihak kepada rakyat, malah menambah kesengsaraan mereka yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ujar beliau, pindaan itu yang menyaksikan pemansuhan duti setem sehingga RM2,400 setahun memberi kesan besar kepada penyewa rumah dan bilik terutama mereka dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan jelas ingin mengutip lebih banyak wang daripada rakyat dan mengutipnya dengan lebih cepat.

“Dengan kadar baharu ini, kerajaan akan memperoleh hasil lebih tinggi daripada transaksi penyewaan, namun ia dilakukan tanpa mengambil kira kesan langsung terhadap golongan penyewa yang kebanyakannya adalah rakyat biasa yang berusaha untuk bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Ko Thing turut mempersoalkan sama ada agensi yang bertanggungjawab seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat hebahan atau menerangkan sebab mengapa kadar duti setem naik sehingga membebankan rakyat terutamanya golongan B40 ke bawah.

Ujar beliau, penyewa rumah dan bilik kini menjadi mangsa kerana berkemungkinan berdepan kenaikan kadar sewa yang lebih tinggi apabila pemilik hartanah mula memindahkan beban kos itu kepada mereka.

“Sehubungan itu, Gerakan juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersuara dan mendesak kerajaan agar menerangkan sebab-sebab yang munasabah ataupun membatalkan kenaikan kadar duti setem ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here