Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun dilaporkan hilang selama 15 hari dan masih tidak pulang ke rumahnya di Jalan Batu Nilam 1, Bukit Tinggi, di sini, sejak 28 Januari lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Juahmad Ramid atau panggilan mesranya, “botak besar” disedari ahli keluarganya tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya di sekitar Bukit Tinggi, di sini, kira-kira 3 pagi, akhir bulan lalu.