Gambar hiasan

TOKYO – Syarikat kereta Honda dan Nissan hari ini sahkan telah membatal rundingan penggabungan yang diumumkan pada Disember tahun lalu.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan hubungan yang akan mewujudkan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia.

Firma-firma itu dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka “bersetuju untuk menamatkan memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 23 Disember tahun lalu untuk pertimbangan integrasi perniagaan antara kedua-dua syarikat.

Rancangan penggabungan itu dilihat sebagai usaha untuk bersaing dengan Tesla dan firma China dalam pasaran kenderaan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda menegaskan pada Disember lalu, rundingan penggabungan itu bukan penyelamat untuk Nissan, yang mengumumkan pemberhentian beribu-ribu pekerja selepas melaporkan kejatuhan 93 peratus dalam keuntungan bersih separuh pertama.

Laporan media Jepun mengatakan, perbincangan itu terbongkar selepas Honda mencadangkan menjadikan pesaingnya yang sedang bergelut sebagai anak syarikat dan bukannya rancangan yang diumumkan pada Disember, untuk menyatukannya di bawah syarikat induk baharu.

Nissan dalam kenyataannya mengesahkan Honda “mencadangkan menukar struktur daripada menubuhkan syarikat induk bersama kepada struktur anak syarikat melalui saham. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here