Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

KUALALUMPUR – Kerajaan meminda margin lambakan pengimportan produk gulungan rata keluli bukan aloi yang disadur atau disalut dengan aluminium dan zink (dagangan subjek) yang dieksport dari Hoa Phat Steel Sheet Limited Liability Company (HPSS) daripada 3.06% kepada 4.89%.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, kutipan duti anti-lambakan ini akan dikuatkuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mulai 13 Februari 2025 hingga 11 Disember 2025.

Menurutnya, kajian semula pentadbiran ini dijalankan berdasarkan permohonan oleh HPSS.

Berdasarkan subseksyen 28(1) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504), kajian semula pentadbiran dijalankan oleh kerajaan bagi menentukan kewujudan perubahan margin lambakan terhadap pengimportan dagangan subjek dari HPSS di Vietmam.

Selaras dengan Akta 504 dan Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994, kerajaan telah menyempurnakan kajian semula pentadbiran ini.

Kata MITI, kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata keluli bukan aloi yang disadur atau disalut dengan aluminium dan zink (dagangan subjek) yang berasal atau dieksport dari HPSS di Vietnam pada 16 Ogos 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here