Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah MPV)yang membuat pusingan U sebelum terbakar di Lebuhraya Senai Desaru, Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membuat pusingan U sebelum terbakar di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai Desaru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pukul 8 pagi melibatkan motosikal jens Modenas Ninja dan  MPV Proton Exora.

“Kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal ditunggang mangsa iaitu lelaki tempatan yang berusia 31 tahun dari arah Taman Scientex menghala ke Pengerang.

“Semetara MPV tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun dari arah sama hendak membuat pusingan U ke Tanjung Langsat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semasa motosikal tersebut berada di lorong tengah, tiba-tiba MPV tersebut membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan penunggang tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi kanan kenderaan tersebut dan terjatuh.

Akibat pelanggaran itu katanya, motosikal berkenaan terbakar dan mangsa mengalami kecedaraan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya selain kurangkan kelajuan dan dilarang membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan.

“Sebarang maklumat daripada saksi boleh disalurkan kepada pihak polis menerusi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here