HULU SELANGOR – Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediamannya hangus dijilat api dalam satu kejadian di Apartment Anggerik 2, Jalan Anggerik 1a, Prima Beruntung, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut kira-kira jam 12.44 tengah hari tadi.
“Seramai lima anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi kejadian dan tiba jam 12.50 tengah hari,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-13-at-5.18.51-PM.jpeg)
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran rumah yang terletak di tingkat empat itu bagaimanapun terkawal kira-kira jam 1.12 tengah hari.
“Pemeriksaan dan siasatan awal mendapati, insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette