Litar pintas dipercayai menjadi punca tragedi menyayat hati lima sekeluarga rentung termasuk wanita hamil lima bulan dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin di sini awal pagi semalam.

MELAKA – Litar pintas dipercayai menjadi punca tragedi menyayat hati lima sekeluarga rentung termasuk wanita hamil lima bulan dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin di sini awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan keadaan rumah kampung yang sudah lama berusia puluhan tahun.

“Di peringkat awal ini kita tidak menolak andaian kemungkinan berlaku litar pintas yang menjadi punca kebakaran dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam sehingga mengorbankan ibu bersama empat anaknya yang masih kecil.

“Ini kerana kebanyakan rumah di kawasan luar bandar menggunakan sistem pendawaian lama yang tidak dinaik taraf sejak puluhan tahun lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd Pisar Aziz

Media semalam melaporkan dalam kejadian 1.30 pagi itu, Laila Fathinah Mustapa, 37, bersama empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13, Izz Daffa Hafizuddin,7, Nur Dalilah Khadijah,6 dan Izz Danish Fathi, 4 tahun rentung dalam tragedi pilu itu.

Lebih menyayat hati, Laila Fathinah sedang mengandung lima bulan anak ketujuhnya.

Suaminya, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35 yang patah kaki akibat terlibat nahas jalan raya pada 30 Januari lalu adalah satu-satunya ahli keluarga yang terselamat apabila isterinya sempat memintanya merangkak keluar menyelamatkan diri.

Litar pintas dipercayai menjadi punca tragedi menyayat hati lima sekeluarga rentung termasuk wanita hamil lima bulan dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin di sini awal pagi semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Mohd Pisar berkata pihaknya juga sudah mengambil bahan sampel dalam kebakaran itu melibatkan kayu, kain, kabel pendawaian dan cebisan lantai yang musnah.

“Kesemua sampel ini dipilih oleh khidmat anjing pengesan (K9) JBPM di lokasi semalam dan akan di hantar ke Makmal Forensik Penyiasatan Kebakaran JBPM di Seremban, Negeri Sembilan untuk dianalisis.

“Keputusan analisis dijangkan akan diperolehi dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya sambil menambah anggaran awal jumlah kerugian adalah lebih RM100,000. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Wanita rentung bersama empat anak hamil lima bulan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here