Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025 di World Trade Centre Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus yang bersih dan berintegriti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru itu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan terus komited untuk memperkukuhkan badan tersebut sebagai tonggak utama memerangi rasuah.

“Saya tegaskan, SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan.

“Tekad Kerajaan MADANI adalah untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti,” katanya di Facebook pagi ini.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025 semalam.

Dalam usaha memperkukuh SPRM, Anwar berkata pelbagai langkah akan diambil termasuk penambahbaikan dasar, pemantauan lebih ketat serta memastikan badan itu terus bebas daripada sebarang pengaruh politik.

“Mesti ditegaskan, perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja,” katanya lagi.

Untuk rekod, Kerajaan MADANI sebelum ini komited menjadikan Malaysia negara bebas rasuah, selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here