Pasukan bomba di kawasan tragedi bot terbalik di Loji Lanchang, Kampung Lanchang, Jasin hari ini.

JASIN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat dalam tragedi bot terbalik di Loji Lanchang, Kampung Lanchang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kesemua mangsa yang merupakan satu keluarga itu dipercayai menaiki bot untuk menjala ikan.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Pegawai Bomba Kanan I Abdillah Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.36 pagi

Menurutnya, seramai seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, tiga daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun, wanita berusia 35 tahun dan kanak-kanak lelaki 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam.

“Namun terdapat seorang mangsa iaitu pemuda berusia 21 tahun masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa yang selamat telah diberikan rawatan awal oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi pencarian mangsa yang belum dijumpai sedang dijalankan menggunakan teknik water surface membabitkan dua buah bot dari BBP Jasin Bestari dan orang awam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here