Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15, dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail, 10.

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua beradik masing-masing berusia 15 dan 10 tahun yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan dekat sini sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15 dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail, 10, dibuat ibu mereka pukul 2.48 pagi semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kali terakhir dilihat berada di rumah mereka sebelum didapati hilang.

“Nur Syafiqah memiliki ketinggian 140 sentimeter, berat 40 kilogram, bertubuh kecil dengan rambut pendek dan kali terakhir dilihat memakai baju sejuk gelap, seluar trek panjang gelap, dan selipar berwarna ungu.

“Adiknya, Muhammad Adam pula berketinggian 135 sentimeter, memiliki berat 30 kilogram serta bertubuh kecil dan berambut pendek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Naazron,  orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan kanak-kanak itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

“Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan B. Karunagaran di talian 012-2449414,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here