Fahmi dalam hantaran di Faceboook menyampaikan rasa dukacitanya atas pemergian Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar dan mendoakan agar keluarganya diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas wartawan Kosmo, Muhammad Basir Abu Bakar yang meninggal dunia petang tadi.

Fahmi dalam hantaran di Facebook berkata, Allahyarham merupakan penerima pertama bantuan Tabung Kasih@HAWANA dan beliau pernah menziarahi keluarga wartawan itu pada 14 April 2023 sempena program sulung Kasih@HAWANA.

“Allahyarham yang  juga merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia meninggalkan tiga orang anak.

“Isteri Allahyarham, Noor Azlina Jaafar, yang juga bekas jurufoto Kumpulan Utusan telah meninggal dunia pada Oktober 2023,” katanya.

Fahmi turut menyampaikan rasa dukacitanya atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar keluarganya diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Saya memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mengurniakan ketabahan serta kekuatan kepada anak-anak mereka yang kini berusia 15, 13 dan 10 tahun,” katanya.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, Basir, 46, meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari pada jam 6.45 petang tadi.

Allahyarham telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak minggu lalu akibat masalah jantung.

Jenazah Allahyarham dijadualkan dibawa ke Masjid Taming Jaya, Balakong, pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10, Cheras. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here