Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melihat model rumah yang dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 FEBRUARI 2025

KUALA SELANGOR – Pembinaan perumahan rakyat bagi kesemua keluarga yang bekerja dan tinggal di dalam kawasan estet perlu dibangunkan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan dengan pemilik-pemilik estet berskala besar sudah dimula agar mereka dapat menyediakan sedikit ruang tanah untuk kerajaan membangunkan pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR).

“Banyak kita tengok estet-estet besar, banyak juga pekerja-pekerja India di situ. Kita mula berunding dengan estet-estet besar, beri sedikit tanah. Tak boleh 20 ekar, 10 ekar tetapi beri sedikit tanah.

“Kita tolong bangunkan supaya penghuni estet ada rumah yang agak baik untuk diduduki. Jadi saya mahu semua estet yang mana (ada) perumahan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Keraiaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim beramah mesra dengan sebahagian NGO yang memperjuangkan nasib penduduk setempat pada Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 FEBRUARI 2025

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM75 juta bagi pembinaan rumah PPR Harmoni Madani Bestari Jaya itu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited membantu pekerja-pekerja ladang untuk memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.

“Di semua kawasan perlu dijaga termasuk bandar, kampung, estet dan sebagainya. Semua ini perlu dijaga dan pemodal boleh mendapat keuntungan dan pada masa sama menjaga semua ini,” katanya.

Sementara itu, impian 245 keluarga peneroka estet getah di kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor untuk memiliki rumah akan menjadi kenyataan dengan perasmian pecah tanah PPR Harmoni Madani Bestari Jaya.

PPR itu melibatkan pembinaan rumah teres berkeluasan 1,200 kaki persegi dengan dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air 8.09 hektar di Lot 25, Ladang Sungai Tinggi.

Sebahagian orang ramai melihat model rumah yang dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 FEBRUARI 2025

Tapak tanah berkeluasan 20 ekar itu diberikan secara percuma oleh syarikaf Berjaya Corporation manakala PRIMA dilantik sebagai agensi pelaksana.

Projek berkenaan mempunyai 245 unit rumah teres satu tingkat dan berkeluasan 750 kaki per segi dibangunkan selama 24 bulan.

Kos seunit PRR Harmoni Madani Bestari Jaya dianggarkan RM300,000 dan akan dijual pada harga RM45,000.

Isu pemilikan rumah di situ melibatkan lima estet iditu Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak yang telah berlarutan hampir 26 tahun seiak 1998. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 FEBRUARI 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here