Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (dua kiri) menziarahi anak-anak kepada kepada Bekas Wartawan Utusan Malaysia Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar yang meninggal dunia semalam di rumahnya di Jalan Setia 2, Seri Kembangan, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 16 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak dapat menahan air mata daripada bergenang mengenangkan nasib tiga orang anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar yang kini menjadi yatim piatu.

Fahmi berkata, beliau sangat terkesan dan bersimpati dengan nasib anak-anak arwah Basir yang menghembuskan nafas terakhir ketika menghampiri Maghrib semalam di Hospital Serdang akibat komplikasi kesihatan.

“Saya sangat terkesan kerana waktu kami melawat dahulu, antara perkara yang kita usahakan adalah internet percuma untuk keluarga ini kerana tiga orang anak yang masih belajar.

“Hari ini, saya sangat terkesan kerana anak-anak ini sekarang benar-benar yatim piatu, jadi terima kasih saya ucapkan kepada pihak Bernama yang mengusahakan bantuan dan sumbangan,” katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap kepada wartawan ketika sidang media selepas menziarahi anak-anak kepada kepada Bekas Wartawan Utusan Malaysia Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar di rumahnya di Jalan Setia 2, Seri Kembangan, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 16 FEBUARI 2025.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni dan menzahirkan ucapan takziah kepada anak-anak arwah Basir di kediaman mereka di Seri Kembangan, di sini, petang ini.

Fahmi turut menyerahkan bantuan tunai sebanyak RM6,000 kepada anak-anak Allahyarham selain bantuan daripada Tabung Kasih@Hawana.

Allayarham Basir meninggalkan tiga orang anak berusia 10 hingga 15 tahun. Isteri Allahyarham, Nor Azlina Jaafar, bekas jurufoto Kumpulan Utusan meninggal dunia pada 17 Oktober 2023.

Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau akan membayar bil telefon bagi ketiga-tiga anak Muhammad Basir untuk tempoh setahun.

“Ini supaya anak-anak arwah tidak mempunyai masalah berhubung dengan ahli keluarga yang lain. Saya juga akan bantu bayarkan internet mereka untuk setahun,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here