KLUANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari rumah sejak Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, remaja terbabit, Nurfakhira Dania Zahir beralamat di No 5, Lorong Satu Jalan Belimbing, Taman Lian Seng di sini.
“Dia mempunyai bentuk fizikal dengan ketinggian 154 sentimeter dan berkulit coklat. Kali terakhir dilihat bertudung dan memakai baju T lengan lengan panjang warna hitam dan sekuart jeans biru.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Zarwatin Najar Yusoff menerusi talian 013- 677 1748 atau mana-mana balai polis berhampiran serta IPD Kluang 07-7784222, direct line 07-7784256, hotline 07-7766822 dan tablet CC 014-365682,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette