Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan fungsi baharu Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) melalui aplikasi MyJPJ.

Fungsi ini boleh diakses oleh para pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) yang layak untuk membuat pertukaran kepada lesen CDL bermula esok.

Kementerian Pengangkutan berkata, pengenalan fungsi baharu tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

Dengan adanya fungsi baharu ini, seramai 2,383,043 pemegang lesen PDL boleh melaksanakan permohonan CDL melalui Aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menerusi telefon pintar mereka.

Fungsi baharu permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ menjadikan proses permohonan CDL menjadi lebih mudah dan cepat dengan hanya beberapa langkah di aplikasi MyJPJ.

Para pemegang lesen PDL boleh melakukan permohanan CDL dengan muat turun atau kemas kini aplikasi MyJPJ ke versi terkini, kemudian lLog masuk ke akaun MyJPJ dan pilih menu “Permohonan CDL”, seterusnya pilih “Tempoh Pembaharuan”.

Kemudian pilih “Mod Bayaran” dan bayar fi permohonan secara dalam talian.

Menurutnya, permohonan akan diproses dan pemohon akan menerima notifikasi status permohonan.

JPJ Malaysia berharap inisiatif ini akan mempermudahkan urusan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara digital tanpa mengambil masa yang lama seterusnya salah satu usaha JPJ untuk mengurangkan kesesakan kaunter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here