Kereta yang dinaiki Muhsin Hendricks ketika dia ditembak mati. foto Facebook

CAPE TOWN – Muhsin Hendricks, yang digelar ‘imam gay’ telah ditembak mati di Afrika Selatan.

Dia dipercayai terbunuh pada pagi Sabtu selepas kereta yang dinaiki berhampiran bandar Gqeberha diserang hendap.

Serangan ke atas Muhsin dikongsi menerusi rakaman video di media sosial.

“Rakaman itu menunjukkan kereta dinaiki Muhsin berhenti di tepi jalan. Ketika keretanya hendak bergerak, sebuah kenderaan lain menghalang.

“Dua suspek yang menutup muka keluar dari kenderaan lalu melepaskan beberapa das tembakan berulang kali ke arah tingkap belakang,” kata polis dalam satu kenyataan.

Menurut polis, ketika itu Muhsin berada di tempat duduk belakang.

Muhsin dibunuh selepas dia dilaporkan merasmikan perkahwinan lesbian, walaupun ini belum disahkan secara rasmi.

Muhsin, 57, membangunkan sebuah masjid di Cape Town sebagai tempat selamat untuk gay dan umat Islam terpinggir.

Yayasan Al-Ghurbaah Hendricks, yang mengendalikan masjid Masjidul Ghurbaah di pinggir bandar Wynberg di Cape Town, mengesahkan kematian Muhsin.

Perlembagaan pasca-apartheid Afrika Selatan adalah yang pertama di dunia yang melindungi individu daripada diskriminasi seksual mereka dan pada tahun 2006, menjadi negara pertama di Afrika yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Muhsin isytihar sebagai gay pada tahun 1996, mengejutkan masyarakat Islam di Cape Town dan tempat lain. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here